About Us

Syarikat ini diasaskan oleh dua bersaudara iaitu Saudara Raja Muhammad Ridzuan selaku CEO serta sedang mengambil PhD dalam bidang perfileman dan adiknya Saudara Raja Mohamad Amin yang merupakan pelajar cemerlang, graduan Master Perfileman dari Lim Kok Wing University selaku COO yang bergabung dengan Saudara Rumhadi Rumnan atau lebih dikenal sebagai “Room None” yang merupakan seorang komposer & penulis lirik yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri hiburan di Malaysia, selaku Pengarah Urusan di DATU Entertainment Sdn Bhd.

Selain bertujuan untuk memeriahkan industri hiburan di Malaysia, kerjasama di antara Raja Mohamad Amin & Room None melalui DATU Entertainment Sdn Bhd ini bertujuan membuka peluang kepada penggiat-penggiat seni tanah air untuk melebarkan sayap ke peringkat yang lebih tinggi iaitu bukan sahaja berjaya di Malaysia malah dapat mecipta nama sehingga ke peringkat antarabangsa khususnya Indonesia.

Pada hari ini, 23 Januari 2019 DATU Entertainment Sdn Bhd telah menanda tangani seramai 9 artis. Mereka adalah Santesh, Danial Zaini, Issey, Arill Fesol, Hashmitha, Syafa Wani, Alief Tarmeze, Abdul Rahman & Zainatul Ina (Indonesia)

Produk pertama DATU Entertainment Sdn Bhd merupakan Muzik Video Danial Zaini “Siti Bilang Cuti”. Dilancarkan pada 14 Disember 2018, Muzik Video ini telah melakar sejarah kerana menjadi tular, dan berjaya mendapat tontonan 1 juta hanya dalam tempoh 4 hari selepas dilancarkan melalui YouTube. Muzik Video ke-2 pula nyanyian Issey “Alololo” telah Berjaya mencapai lebih 100,000 tontonan dalam masa 12 Jam di saluran YouTube. Kejayaan ini telah membuktikan kepakaran Raja Mohamad Amin & Room None dalam merencanakan kejayaan produk-produk yang lain di masa-masa yang akan datang.

Room None sudah berada dalam industri hiburan selama lebih 10 tahun dan beliau telah membawa pelbagai pencapaian yang mengagumkan. Misalnya, Sarah Suhairi dan Syafiq Farhain yang pernah berada di bawah pengurusan Room None merupakan Juara dan Naib Juara Pertandingan Nyanyian Big Stage 2018 yang dianjurkan oleh ASTRO. Selain itu, beliau juga turut pernah menguruskan kumpulan Khalifah yang pernah menjuarai persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2016.

Antara pencapaian yang telah dikecapi oleh Raja Mohamad Amin adalah beliau pernah menjuarai Pertandingan Filem Pendek anjuran FINAS (Tahun 2014), Pelajar Degree Terbaik jurusan FIlem dan Televisyen University Lim Kok Wing (Tahun 2016), Mewakili Malaysia di THE GUIYANG INTERNATIONAL COMICS & ANIMATION FESTIVAL di China (Mei 2018) dan memenangi pelbagai anugerah semasa festival ini (Best Director, Best Cinematography, Best Jury Award, Best Director & Most Popular Award) Serta Yang Terbaru Pelajar Master Terbaik Jurusan Filem & Televisyen, University Lim Kok Wing (Tahun 2018).